Selasa, 7 Oktober 2014

Ketujuh.

Assalamualaikum.

Dalam entri kali ini, saya akan menceritakan pengalaman saya semasa menyertai pasukan bola sepak PERMATApintar Negara dalam kejohanan MSSD Hulu Langat. Tetapi sebelum itu, saya akan menceritakan serba sedikit tentang bola sepak.

Bola sepak ialah sukan sepasukan yang paling banyak dimainkan dan ditonton di dunia, yang dimainkan oleh dua pasukan yang mana setiap - tiap pasukan terdiri daripada 11 orang pemain. Sebelum abad ke-21, sukan ini telah dimainkan oleh lebih daripada 250 juta orang di 200 negara, yang menjadikannya sebagai sukan paling popular di dunia. Bola sepak bertujuan untuk menjaringkan gol sebanyak-banyaknya dengan menggunakan bola kulit ke gol lawan. Bola sepak dilumbakan kat dalam padang yang berbentuk segi empat tepat, di atas rumput atau rumput sintetik. Badan pentadbiran dunia bola sepak ialah FIFA, atau Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa.
Pada awamnya, hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan menyentuh bola dengan tangan di dalam wilayah golnya. Manakala, 10(sepuluh) pemain lainnya hanya diizinkan untuk menggunakan semua bahagian badannya selain daripada tangan, biasanya dengan kaki untuk menyepak, dada untuk mengawal, dan kepala untuk menanduk bola. Pasukan yang menjaringkan gol lebih banyak pada akhir perlawanan ialah pemenangnya. Jika sehingga masa berakhir masih berakhir siri, maka boleh dilakukan undian, pembaharuan masa ataupun tendangan penalti, bergantung daripada format penganjuran kejohanan.
Undang-undang perlawanan pada awamnya dikemaskini setiap tahun oleh induk pertubuhan bola sepak antarabangsa (FIFA), yang juga menganjurkan Piala Dunia FIFA tiap-tiap 4 (empat) tahun sekali.Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjdG0OWkJnluMg_bWq2f4O8YXMUAS0pxCZ2IVvY8CoO_lyDDVfv4YtlMt7WAZT8OWqMzUJ36SGUChiCNmHpWukhmHtYVZultlcsY7OHpeSthdI9286mnlHYrMhwkN1z73Ldx-onrk0vL7NO/s1600/B1M8DVrCcAAi9a8.jpg
Logo Pasukan Bola Sepak PERMATA

Pelbagai latihan serta "training" telah kami lalui untuk memastikan pasukan bola sepak PERMATApintar Negara terus maju.


Isnin, 6 Oktober 2014

Keenam.

Assalamualaikum.

Bekerja keras tanpa hasil. Cerita ini rekaan, tapi telah diubahsuai dari kenyataan yang ada. Ceritanya begini, ada seorang pemuda yang tertarik dengan basikal. Setelah mengumpulkan wang, akhirnya dia mampu membeli sebuah basikal.Dengan senang hati, dia mencuba basikal barunya. Setelah beberapa hari mencuba, dia merasa kecewa kerana gagal menunggang dengan laju. Walaupun dia mengayuh dengan laju tetapi basikal nya bergerak lambat. Akhirnya dia membawa basikalnya ke tempat dimana dia membelinya.

“encik, kamu telah menipu saya! Katanya basikalnya bergerak terlalu lambat. katanya sambil marah-marah kepada penjual basikal.

“betul ke? kata penjual basikal kehairanan.

“Buktinya? Saya sudah sekuat tenaga mengayuh, tetap lambat.” katanya dengan nada suaranya yang tinggi.

“Mungkin ada yang rosak encik. nanti saya periksa?” kata penjual basikal tenang.

Kemudian dia memeriksa basikal. Setelah beberapa saat dia berkata:

“Tidak ada yang rusak encik, keadaannya baik 100% .”

“Tapi.. kenyataannya? basikal ini lambat! Cuba sendiri jika tidak percaya.” kata pemuda tersebut tetap pada nada tinggi.

“Baik encik, saya akan cuba.” kata penjual basikal sambil memberi isyarat kepada anak buahnya untuk mencuba basikal tersebut.

Wussss…. setelah beberapa saat, basikal itu bergerak dengan lajunya. keadaan itu membuat pemuda tadi bingung.

“boleh pula?”, kata pemuda tadi bingung.

“kamu cuba lagi. Saya mau lihat cara kamu menunggang basikal.” kata penjual basikal sambil tersenyum lega, sebab basikalnya memang tidak rosak.

Pemuda tersebut pun mencuba mengayuh basikal. Dia mencuba mengayuh dengan cepat dan sekuat tenaga. Memang benar, basikal tidak bergerak dengan laju. Usaha si pemuda mengayuh basikal sia-sia karena basikalnya tidak bergerak laju. Akhirnya, dengan badan penuh peluh, dia menghampiri penjual basikal.

“Apa yang salah nya?”, katanya masih bingung.

Penjual basikal tersenyum. Dia sudah dapat mengesan kesilapannya.

“Secepat mana pun emcik mengayuh, kelajuannya tidak meningkat jika encik tetap di gear satu.” kata penjual basikal menjelaskan.

“Oh… jadi harus tukar gear ke? Bagaimana caranya?”, kata pemuda tersebut sambil menahan malu. Mukanya merah padam. Jika tadi merah karena marah, sekarang merah karena malu.


Begitu juga dengan kita. Kita akan bertindak sesuai dengan anggapan kita terhadap diri kita. Jika kita menganggap bahwa potensi kita hanya terbatas apa yang sudah kita dapatkan, mungkin kita juga mensia-siakan potensi diri kita sebenarnya.

"Life is like a ten-speed bike. Most of us have gears we never use"

Banyak yang bertanya kepada saya, “Bagaimana kita boleh menggunakan “gear” yang lebih tinggi?”

Ahad, 5 Oktober 2014

Kelima.

Assalamualaikum.

Sudah tiba masanya untuk memberitahu tujuan blog ini dipenuhi dengan entri yang menarik? Ya, mestilah. Blog ini dibuat atas arahan Cikgu Mior iaitu guru Bahasa Malaysia kelas 4K1 Pusat PERMATApintar Negara. Bercakap tentang Bahasa Malaysia, mari saya menceritakan serba sedikit tentang Bahasa Malaysia.

Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut: 
  • Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi. Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.
  •  Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.
  •  Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.
  •  Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan. 

Asal Usul Bangsa Melayu 
  • Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.
  • Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.
  • Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi) 
  • Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.
  • Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro. Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Masihi.
  • Keturunannya orang Melayu di Malaysia. Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto. Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam. Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto. Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.
Bangsa Melayu
Gambarajah di atas menunjukkan hasil kajian yang dibuat tentang susur galur bangsa Melayu bermula dari Nabi Nuh.

Berikut pula menerangkan bagaimana pertalian hubungan bangsa Melayu di Nusantara. Kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia. Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini. Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas).Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut. 
Perkembangan Bahasa Melayu 
Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:
  1. Bahasa Melayu Kuno 
  2. Bahasa Melayu Klasik 
  3. Bahasa Melayu Moden. 
Bahasa Melayu Kuno 
Merupakan keluarga bahasa Nusantara. Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera. Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana: 
  • Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar
  • Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat 
  • Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.
  • Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu. 
Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana: 
  • Pengaruh agama Hindu
  • Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.
  • Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.
  • Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa: 
Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M) 
Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M) 
Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M) 
Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M) 
Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri. 
Ciri-ciri bahasa Melayu kuno: 
  • Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit 
  • Susunan ayat bersifat Melayu 
  • Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)
  • Bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)
  • Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
  • Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)
  • Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
  • Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya) 
 Perkembangan Bahasa Melayu
Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik 
Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13. Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Terdapat tiga batu bersurat yang penting: 
  1.  Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356). Ditulis dalam huruf India. Mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
  2.  Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380). Masih memakai abjad India dan buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat
  3.  Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387). Diitulis dalam tulisan Jawi membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu. 
Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan. 
Bahasa Melayu Klasik 
Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting: 
  1. Zaman kerajaan Melaka 
  2. Zaman kerajaab Acheh 
  3. Zaman kerajaan Johor-Riau 
Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel. 
Ciri-ciri bahasa klasik: 
  • Ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.
  • Banyak ayat pasif.
  • Menggunakan bahasa istana 
  • Kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
  • Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.
  • Ayat songsang
  • Banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah'' 
Bahasa Melayu Moden 
Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. 
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.
Ilmu-ilmu di atas telah saya ambil daripada blog-blog yang saya telah cari di internet.

Sabtu, 4 Oktober 2014

Nota Novel Papa (Akhirnya Kau Tewas Jua!)



SINOPSIS

Novel ini mengisahkan Intan Julia yang hidup bahagia dengan bapanya Jeffri (Papa) dan 
mamanya Intan Maliana serta pembantu rumah Makcik Noraini di Kelana Jaya. Intan Julia (16 
tahun) bersekolah di SMK Seri Gading . Di sekolah ini juga ibunya Intan Maliana menjadi guru 
Matematik. Bapanya juga menjadi guru Sains Pertanian di sekolah yang sama. Kemudian 
bapanya menjadi pensyarah ekonomi di Kolej Ikhtisas. Intan Maliana mengandung lagi bagi 
memenuhi kehendak suaminya. Cikgu Suzie dan Makcik Noraini melarang Intan Maliana 
mengandung kerana 17 tahun lalu dia pernah pengsan / koma ketika melahirkan Intan Julia. 

Doktor terpaksa memerah susu kerana bayi itu (Intan Julia) enggan minum susu tepung. Intan 
Julia lahir tak cukup bulan, hanya 7 bulan sahaja. Makcik Noraini adalah sepupu Jefri. Dia 
kematian suami dan anak-anak 17 tahun lalu akibat kereta berlanggar dengan lori tangki 
semasa dalam perjalanan dari Johor ke Bidor sewaktu mereka hendak pulang berhari raya. 
Intan Maliana melahirkan anak kembar Siam bernama Ahmad dan Muhamad di Hospital 
Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Cheras,Selangor. Anak kembar ini meninggal 
sewaktu dalam perut dan Intan Maliana koma selama 3 tahun . Jeffri membawa pulang 
isterinya untuk dirawat di rumah sahaja kerana dia ingin meluangkan lebih masa bersama 
isterinya dan mengikuti perkembangan isterinya dari semasa ke semasa. Selepas SPM ,

Intan Julia belajar di Kolej Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak , Selangor. Dia tinggal di asrama UIA. Dia sesekali pulang ke rumah dan menjaga ibunya yang koma . Julia 
dan Rasylan belajar di tempat yang sama dan selalu bersama ke perpustakaan, minum di 
Restoran Starbuck Coffee di Mid Valley dan restoran makanan segera. Julia terserempak dua 
kali dengan bapanya dan Aisyah minum bersama. Aisyah merupakah gadis cantik, anak 
hartawan dan tinggal di Kelana Jaya. Dia merupakan pelajar Jeffri. Mereka pernah bermain 
tenis bersama di Kelab sukan Kelana Jaya. Secara berseloroh Intan Julia menyuruh bapanya 
berkahwin dengan Aisyah.Rasylan menasihati Intan Julia agar tidak membantah bapanya berkahwin dengan 

Aisyah. Jeffri pernah menampar Intan Julia kerana isu itu. Rasylan adalah anak hubungan 
terlarang antara pensyarah UIA, Muaz al-Khalibi dengan pembantu rumahnya warga 
Indonesia. Pembantu rumah itu balik ke Bandung dan meletakkan bayi itu di tepi jalan 
bersebelahan longkang besar kerana malu anaknya tidak berbapa setelah Muaz al-Khalibi
pulang ke Jordan. Jabatan Kebajikan Masyarakat menyerahkan bayi itu kepada Datuk 
Mustakim untuk dijadikan anak angkat dan tinggal di Taman Seri Andalas , Kelang. Jeffri 
melarang Intan Julia rapat dengan Rasylan kerana tidak tahu asal-usul keturunannya. Rasylan 
menjadi anak angkat Datuk Mustakim . Dia tidak mendapat kasih sayang dan sering 
ditinggalkan di rumah sahaja. Jeffri melangsungkan perkahwinan dengan Aisyah setelah 
mendapat persetujuan Intan Julia.

Jeffri melarang Aisyah masuk ke bilik isteri pertamanya Intan Maliana kerana bimbang 
diracun. Setelah 3 tahun koma dan terbaring di rumah, Mama boleh membuka mata. Mama 
terkejut apabila melihat Aisyah di sebelah suaminya dan sedang sarat mengandung. Mama 
mati terkejut setelah mengetahui Jeffri telah menduakannya.

Jumaat, 3 Oktober 2014

Ketiga.

Akhirnya, QuadP mempunyai Hari sendiri Kebudayaan. Dengan 6 budaya yang mengambil bahagian, acara ini bertujuan untuk menyedarkan para pelajar dari pelbagai budaya kedua-dua peringkat antarabangsa dan dalam negeri. 6 budaya termasuk Perancis, Korea, Jepun, Borneo, Punjabi dan Arab. Setiap satu daripada budaya ini dituntut untuk mendirikan gerai, pentas dan mempunyai pertunjukan fesyen. Kebanyakan budaya menyajikan masakan terkenal sementara yang lain menawarkan permainan atau perkhidmatan seperti inai.

Assalamualaikum.

QuadP. Pengajar juga hadir pada majlis perayaan ini. Ia bermula dengan bacaan doa dan nyanyian tiga lagu sebelum tur stan bermula. Perancis menampilkan macaron kegemaran sepanjang masa, Jepun dengan sup miso mereka, keropok beras dan sushi, Korea dengan Ramyeon mereka, Borneo dengan laksa Sarawak dan mereka mee kolok, Punjabi dengan teh herba dan Arab dengan Nasi Arab mereka.

Setiap budaya memakai pakaian mengikut adat masing-masing. Pada kira-kira jam 10.30, perhatian telah beralih kepada persembahan sebelum meneruskan dengan pertunjukan fesyen. Setiap pelajar menunjukkan semangat dan pengetahuan mereka dalam budaya yang mereka mewakili.

Seterusnya, acara diteruskan perayaan CNY. Pelajar moral disediakan suatu tindakan yang menunjukkan tradisi benar orang Cina. Semua dalam semua, hari itu adalah indah dan semua orang mempunyai letupan. yang lebih menarik ialah, acara ini berjaya menyatukan seluruh sekolah - senior dan junior - lebih dekat bersama-sama.


Khamis, 2 Oktober 2014

Kedua.

Assalamualaikum.

Buat pertama kali dalam 3 tahun Quad P sejarah, sekolah ini telah akhirnya menyertai Olahraga MSSD. Dengan Cikgu Wan sebagai mentor yang mereka gunakan, ini 32 pelajar dilatih hampir setiap malam dalam acara termasuk 200m, 800m, lompat jauh dan banyak lagi.

Sebahagian daripada pelajar dulu atlet kembali ke sekolah mereka sebelum ini. Satu-satunya perbezaan adalah bahawa mereka sekarang akan mewakili Pusat PERMATAPintar Negara. 

Acara 4 hari itu diadakan di Stadium UKM yang tidak sama sekali jauh dari sekolah kami dan telah disertai oleh seramai 69 sekolah di daerah ini. Acara kemuncak itu berarak dari setiap sekolah yang mengambil bahagian.

PERMATA lakukan mendapat pingat Gangsa oleh saya sendiri yang mengambil bahagian dalam lemparan cakera. Pengabdian dan ketekunan yang ditunjukkan oleh semua atlet adalah sesuatu yang boleh dibanggakan.


Rabu, 1 Oktober 2014

Pertama.

Assalamualaikum.

Minggu Orientasi 2014 telah datang dan pergi, dan kini Tahap 1 dan Asas 1 pelajar mengambil langkah-langkah pertama mereka ke dalam perjalanan berbahaya di PERMATAPintar. 20 Januari menandakan tarikh kedatangan mereka, dan pada waktu malam adalah aktiviti pertama mereka: LDK. Aktiviti-aktiviti termasuk jam berjalan, saya tidak sendirian dan lingkaran ulang tahun.

Empat hari berikutnya telah dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti pembinaan pasukan dan sedikit pengenalan dari apa yang mereka akan hadapi di masa akan datang. Mereka bertukar-tukar kasut untuk memiliki wawasan yang literal peribahasa Inggeris "berada dalam kasut orang lain", mereka membangun sebuah menara menggunakan kad bermain, mereka membangun sebuah spaghetti + jelly + menara jerami yang boleh menahan berat 60 ++ kertas ketelusan dan mereka menyanyikan lagu bersama-sama. Ada pohon komuniti diletakkan di bahagian belakang dewan pelbagai guna bagi mereka untuk tampal sesuatu yang positif.

Semua warga emas dibantu secara langsung dan tidak langsung dalam membuat minggu yang tidak boleh dilupakan. Dari hari Selasa hingga Khamis, dua kelas senamrobik dilakukan mereka untuk sesi petang aerobik. Pada waktu pagi, para senior dibantu latihan pagi mereka. Oh, dan minggu ini pasti sudah berjalan dengan baik jika tidak kerana bantuan yang diberikan oleh para guru dan kaunselor.

Upacara penutup telah diadakan pada hari Jumaat, dan ini menandakan berakhirnya 2014 minggu orientasi. Ini adalah orang-orang yang baru bermula, bukan sahaja untuk junior tapi senior juga. Secara ringkas, ia adalah terpulang kepada anda sendiri untuk memilih antara menjadi gembira atau sedih pada menjadi pelajar QuadP.