Assalamualaikum.
Bekerja keras tanpa hasil. Cerita ini rekaan, tapi telah diubahsuai dari kenyataan yang ada. Ceritanya begini, ada seorang pemuda yang tertarik dengan basikal. Setelah mengumpulkan wang, akhirnya dia mampu membeli sebuah basikal.Dengan senang hati, dia mencuba basikal barunya. Setelah beberapa hari mencuba, dia merasa kecewa kerana gagal menunggang dengan laju. Walaupun dia mengayuh dengan laju tetapi basikal nya bergerak lambat. Akhirnya dia membawa basikalnya ke tempat dimana dia membelinya.
“encik, kamu telah menipu saya! Katanya basikalnya bergerak terlalu lambat. katanya sambil marah-marah kepada penjual basikal.
“betul ke? kata penjual basikal kehairanan.
“Buktinya? Saya sudah sekuat tenaga mengayuh, tetap lambat.” katanya dengan nada suaranya yang tinggi.
“Mungkin ada yang rosak encik. nanti saya periksa?” kata penjual basikal tenang.
Kemudian dia memeriksa basikal. Setelah beberapa saat dia berkata:
“Tidak ada yang rusak encik, keadaannya baik 100% .”
“Tapi.. kenyataannya? basikal ini lambat! Cuba sendiri jika tidak percaya.” kata pemuda tersebut tetap pada nada tinggi.
“Baik encik, saya akan cuba.” kata penjual basikal sambil memberi isyarat kepada anak buahnya untuk mencuba basikal tersebut.
Wussss…. setelah beberapa saat, basikal itu bergerak dengan lajunya. keadaan itu membuat pemuda tadi bingung.
“boleh pula?”, kata pemuda tadi bingung.
“kamu cuba lagi. Saya mau lihat cara kamu menunggang basikal.” kata penjual basikal sambil tersenyum lega, sebab basikalnya memang tidak rosak.
Pemuda tersebut pun mencuba mengayuh basikal. Dia mencuba mengayuh dengan cepat dan sekuat tenaga. Memang benar, basikal tidak bergerak dengan laju. Usaha si pemuda mengayuh basikal sia-sia karena basikalnya tidak bergerak laju. Akhirnya, dengan badan penuh peluh, dia menghampiri penjual basikal.
“Apa yang salah nya?”, katanya masih bingung.
Penjual basikal tersenyum. Dia sudah dapat mengesan kesilapannya.
“Secepat mana pun emcik mengayuh, kelajuannya tidak meningkat jika encik tetap di gear satu.” kata penjual basikal menjelaskan.
“Oh… jadi harus tukar gear ke? Bagaimana caranya?”, kata pemuda tersebut sambil menahan malu. Mukanya merah padam. Jika tadi merah karena marah, sekarang merah karena malu.
Begitu juga dengan kita. Kita akan bertindak sesuai dengan anggapan kita terhadap diri kita. Jika kita menganggap bahwa potensi kita hanya terbatas apa yang sudah kita dapatkan, mungkin kita juga mensia-siakan potensi diri kita sebenarnya.
"Life is like a ten-speed bike. Most of us have gears we never use"
Banyak yang bertanya kepada saya, “Bagaimana kita boleh menggunakan “gear” yang lebih tinggi?”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan