Sabtu, 4 Oktober 2014

Nota Novel Papa (Akhirnya Kau Tewas Jua!)



SINOPSIS

Novel ini mengisahkan Intan Julia yang hidup bahagia dengan bapanya Jeffri (Papa) dan 
mamanya Intan Maliana serta pembantu rumah Makcik Noraini di Kelana Jaya. Intan Julia (16 
tahun) bersekolah di SMK Seri Gading . Di sekolah ini juga ibunya Intan Maliana menjadi guru 
Matematik. Bapanya juga menjadi guru Sains Pertanian di sekolah yang sama. Kemudian 
bapanya menjadi pensyarah ekonomi di Kolej Ikhtisas. Intan Maliana mengandung lagi bagi 
memenuhi kehendak suaminya. Cikgu Suzie dan Makcik Noraini melarang Intan Maliana 
mengandung kerana 17 tahun lalu dia pernah pengsan / koma ketika melahirkan Intan Julia. 

Doktor terpaksa memerah susu kerana bayi itu (Intan Julia) enggan minum susu tepung. Intan 
Julia lahir tak cukup bulan, hanya 7 bulan sahaja. Makcik Noraini adalah sepupu Jefri. Dia 
kematian suami dan anak-anak 17 tahun lalu akibat kereta berlanggar dengan lori tangki 
semasa dalam perjalanan dari Johor ke Bidor sewaktu mereka hendak pulang berhari raya. 
Intan Maliana melahirkan anak kembar Siam bernama Ahmad dan Muhamad di Hospital 
Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Cheras,Selangor. Anak kembar ini meninggal 
sewaktu dalam perut dan Intan Maliana koma selama 3 tahun . Jeffri membawa pulang 
isterinya untuk dirawat di rumah sahaja kerana dia ingin meluangkan lebih masa bersama 
isterinya dan mengikuti perkembangan isterinya dari semasa ke semasa. Selepas SPM ,

Intan Julia belajar di Kolej Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak , Selangor. Dia tinggal di asrama UIA. Dia sesekali pulang ke rumah dan menjaga ibunya yang koma . Julia 
dan Rasylan belajar di tempat yang sama dan selalu bersama ke perpustakaan, minum di 
Restoran Starbuck Coffee di Mid Valley dan restoran makanan segera. Julia terserempak dua 
kali dengan bapanya dan Aisyah minum bersama. Aisyah merupakah gadis cantik, anak 
hartawan dan tinggal di Kelana Jaya. Dia merupakan pelajar Jeffri. Mereka pernah bermain 
tenis bersama di Kelab sukan Kelana Jaya. Secara berseloroh Intan Julia menyuruh bapanya 
berkahwin dengan Aisyah.Rasylan menasihati Intan Julia agar tidak membantah bapanya berkahwin dengan 

Aisyah. Jeffri pernah menampar Intan Julia kerana isu itu. Rasylan adalah anak hubungan 
terlarang antara pensyarah UIA, Muaz al-Khalibi dengan pembantu rumahnya warga 
Indonesia. Pembantu rumah itu balik ke Bandung dan meletakkan bayi itu di tepi jalan 
bersebelahan longkang besar kerana malu anaknya tidak berbapa setelah Muaz al-Khalibi
pulang ke Jordan. Jabatan Kebajikan Masyarakat menyerahkan bayi itu kepada Datuk 
Mustakim untuk dijadikan anak angkat dan tinggal di Taman Seri Andalas , Kelang. Jeffri 
melarang Intan Julia rapat dengan Rasylan kerana tidak tahu asal-usul keturunannya. Rasylan 
menjadi anak angkat Datuk Mustakim . Dia tidak mendapat kasih sayang dan sering 
ditinggalkan di rumah sahaja. Jeffri melangsungkan perkahwinan dengan Aisyah setelah 
mendapat persetujuan Intan Julia.

Jeffri melarang Aisyah masuk ke bilik isteri pertamanya Intan Maliana kerana bimbang 
diracun. Setelah 3 tahun koma dan terbaring di rumah, Mama boleh membuka mata. Mama 
terkejut apabila melihat Aisyah di sebelah suaminya dan sedang sarat mengandung. Mama 
mati terkejut setelah mengetahui Jeffri telah menduakannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan